Assalamualaikum w.b.t, laman blog ini ditujukan khas untuk Penduduk Desa Sentosa, Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor. Diharapkan laman ini dapat memberikan manfaat kepada penduduk di dalam mengeratkan lagi silaturrahim sesama penduduk. Sebarang komen bolehlah disalurkan ke laman blog ini
Wassalam
desa.sentosa@gmail.com
6 comments:
Assalamualaikum...
Sekalung TAHNIAH untuk Sdr Saiful yang berjaya mewujudkan satu lagi medan untuk penduduk TDS membina kerukunan dan kejiranan TDS.
tahniah sbb dah ade blog :)
salam. saya pelajar dari universiti islam antarabangsa, gombak selangor. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah ke atas persatuan penduduk desa sentosa kerana mempunyai laman blog ini untuk mengeratkan lagi hubungan kalian. buat pengetahuan pihak tuan2 dan puan2 yg dikasihi Allah sekalian, saya akan menghasilkan kertas kerja untuk projek tahun akhir saya di UIA pada tahun ini bertajuk " Persepsi Penduduk terhadap Prinsip Islam di kawasan kejiranan".Terlebih dahulu biarlah saya memperkenalkan jurusan yg saya ambil di UIA, ialah Ijazah di dlm Perancangan Bandar &Desa, di bawah fakulti arkitek, seni bina dan alam sekitar. Justeru, saya dengan berbesar hati memilih taman desa sentosa teras jernang sebagai kawasan kajian saya. diharapkan saya di terima baik oleh kalian, demi untuk mendapatkan sedikit sebayak pandangan dan pendapat berkaitan dengan prinsip2 islam yang telah di jalankan atau diaplikasikan terutama di dalam perancangan pembangunan kawasan kejiranan tuan2 dan puan2.. segala budi baik dan kerjasama dari pihak tuan amatlah di hargai..
salam kepada sesiapa yg mungkin rasa lebih senang bekerjasama dgn saya melalui laman facebook boleh la add saya .zalina rahman atau di email laksa_munsterz@yahoo.com
Terima kasih semua. Terima kasih kepada saudari Zalina atas penghargaan yang diberi kepada penduduk Desa Sentosa. Semoga usaha saudari menaikkan lagi semangat kerjasama, ukhuwah dan kejiranan di Taman ini.
Post a Comment