Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan semua... Lama betul tak update blog ni.... Alhamdulillah kita dapat bersama-sama berjumpa lagi dibulan yang mulia ini.... Nampaknya surau Desa Sentosa macam dah tak muat nak menampung jemaah yang semakain ramai. semoga sihat sejahtera untuk kita teruskan Amal Ibadah kita...

Aktiviti Ramadhan
Seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Biro Surau (Ustaz Dr. Zamri Ariffin), antara aktiviti yang telah disusun ialah:

1. Tadarrus kanak-kanak lelaki bermula Sabtu 22-8-2009 pukul 6 ptg sehingga berbuka
puasa : Sabtu dan Ahad. Sepanjang cuti sekolah : diadakan setiap hari)

2. Kuliah Subuh Ustaz Othman - Setiap Ahad selepas Solat Subuh berjemaah

3. Tadarrus Ramadhan - Selepas Solat Tarawih sehingga Khatam

4. Program Pot Luck berbuka puasa akan diteruskan seperti tahun-tahun lepas

5. Jualan Amal kurma - RM 15 sekotak

Semoga aktiviti tahun ini mendapat sambutan dan berjalan dengan lancar.

Dengar cerita, minggu kedua Ramadhan kita dapat bersama Imam Tahfiz yang diimport
khas untuk memeriahkan lagi program tahun ini....

Semoga usaha AJK Surau untuk mengimarahkan lagi surau Desa Sentosa mendapat keberkatan Allah dan disambut baik Insya'Allah.

Wassalam

No comments: