Sunday, June 12, 2011

CUTI CUTI WARGA DESA SENTOSA

Assalamualaikum saudara saudari warga DS yang saya hormati,

Mungkin ramai diantara kita yang sering bercuti, baik didalam negara maupun diluar negara. Mungkin ramai juga yang sering bercuti berama ahli keluarga, saudara mara atau kawan kawan. Namun adakah diantara kita yang pernah bercuti bersama keluarga dan keluarga jiran jiran DS kita.

Dua tahun lalu hampir 40 warga wanita DS membuat lawatan bersama ke Melaka. Dengar ceritanya mereka sungguh seronok dan lawatan 2 hari 1 malam tersebut telah menambah-iratkan lagi hubungan dan persefahaman diantara mereka. Saya juga dapat berita bahawa kaum wanita DS baru baru ini ada membuat perancangan untuk membuat lawatan secara kumpulan ke Bandung, Indonesia.

Sebagai penghuni DS, saya sungguh bersyukur dapat menjadikan DS alamat rumah saya. Saya bersyukur kerana budaya Melayu, budaya Islam serta budaya bermasyarakat yang mendahulukan silatur-rahim, mementingkan kejiranan dipraktikkan di DS. Budaya "gotong royong" yang hampir "pupus" dalam masyarakat di kebanyakan tempat, masih "subur" di DS, walaupun penduduknya tidaklah begitu ramai.

Saya juga merasa kagum dengan meningkatnya keakraban dan persefahaman diantara warga wanita DS. Sejak kebelakangan ini, semakin ramai warga wanita DS yang menyertai aktiviti yang dianjurkan penghuni DS atau persatuan. Ya Allah, kami mensyukuri limpah nikmatmu dan memohon agar nikmat ini terus menerus di dilimpahkan keatas kami.

Oh ya ......tentang kisah bercuti bersama jiran kita. Itu .... saya harap saudara saudari warga DS dapat memberi pendapat dan cadangan ......samaada ianya merupakan aktiviti riadah yang harus diketengahkan, tempat tempat yang dicadangkan untuk dilawati, jangkamasa lawatan dan apa apa saja lah ......Melalui pengalaman saya, jika kita membuat lawatan berkumpulan ..... kos setiap seorang akan berkurangan ....dan jika kita membuat perancangan awal, ia juga boleh membantu menurunkan kos. Tentang tempat lawatan pula terpulanglah kepada saudara saudari. Untuk dalam negara kita boleh buat lawatan ke Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, Port Dickson dll dan untuk lawatan luar negara pula kita boleh melawat negeri China, Vietnam, Kemboja, Thailand, India, Indonesia, Australia, Mesir, Turki dan juga negara negara Eropah ........

Please ........ Berilah pendapat tentang perakara ini ...... terima kasih dan Wassallam.

ALI RAHOK

Friday, June 10, 2011

MASJID SENTOSA ..............

Rasanya untuk warga Desa Sentosa dan kawasan kawasan perumahan sekitarnya untuk beribadah dirumah Allah yang lebih selesa dan luas, bukan lagi satu angan angan. Mungkin untuk membuat perancangan, mengumpul dana dan pembinaan "MASJID SENTOSA" akan memakan masa yang agak panjang. Namun kata sepakat telah tercapai, ahli ahli jawatankuasa telah dipilih, mewakili Desa Sentosa Fasa 1, Desa Sentosa Fasa 2, Taman Sentosa Mekar, Taman Fikri dan Taman Bukit Sentosa pada bulan Mac, 2011 yang lalu.

Kerja kerja awal, yang melibatkan permohonan tanah tapak masjid daripada Pejabat Tanah Daerah Sepang, dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor sedang berjalan. Alhamdulillah, ada beberapa pihak "professional" yang telah bermurah hati membuat kerja kerja mengukur dan penyediaan pelan tanah secara fisabilillah ..... Syukur Alhamdullillah. Dana yang terkumpul pada peringkat awal ini pun sudah mencecah RM32,000.00. Walaupun jumlah ini masih kecil jika dibandingkan anggaran kos pembinaan keseluruhannya sekitar RM3.5 juta, sama samalah kita berdoa agar harapan kita untuk kewujudan MASJID SENTOSA akan terlaksana .. Amin.

Saturday, May 14, 2011

Mesyuarat Agong ke 7 PPDS

Assalamualaikum w.b.t, Alhamdulillah mesyuarat Agong PPDS kali ke 7 telah selamat dijalankan pada 8 Mei 2011 yang lalu. Jumlah ahli yang hadir semakin bertambah berbanding tahun-tahun yang lalu. Lebih daripada 100 orang dengarnya. 5 jawatan utama masih dikekalkan setelah proses undian dilakukan oleh ahli PPDS.

AJK baru 2011/2013 ini telah pun bermesyuarat untuk memilih AJK lain yang sama ada dikekalkan atau bakal dilantik untuk bersama-sama meneraju PPDS. Diharapkan, ahli PPDS dapat menerima baik perlantikan ini dan dapat sama-sama menyumbang untuk kebaikan persatuan.

Harapan AJK 2011/2013, Desa Sentosa dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dan sentiasa mengekalkan keharmonian yang telah dibina dan dibentuk sejak tahun 2000 lagi InsyaAllah.

Mulai sekarang, sebarang pos dari blog Desa Sentosa ini akan sampai ke e-mail desasentosa@yahoogroups sebagai medium untuk AJK mendapatkan maklumbalas daripada warga Desa Sentosa.

Silakan untuk memberi komen yang membina di blog ini untuk kita sama-sama berkongsi hal-hal yang berkaitan dengan Desa Sentosa.

Wassalam