Friday, June 10, 2011

MASJID SENTOSA ..............

Rasanya untuk warga Desa Sentosa dan kawasan kawasan perumahan sekitarnya untuk beribadah dirumah Allah yang lebih selesa dan luas, bukan lagi satu angan angan. Mungkin untuk membuat perancangan, mengumpul dana dan pembinaan "MASJID SENTOSA" akan memakan masa yang agak panjang. Namun kata sepakat telah tercapai, ahli ahli jawatankuasa telah dipilih, mewakili Desa Sentosa Fasa 1, Desa Sentosa Fasa 2, Taman Sentosa Mekar, Taman Fikri dan Taman Bukit Sentosa pada bulan Mac, 2011 yang lalu.

Kerja kerja awal, yang melibatkan permohonan tanah tapak masjid daripada Pejabat Tanah Daerah Sepang, dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor sedang berjalan. Alhamdulillah, ada beberapa pihak "professional" yang telah bermurah hati membuat kerja kerja mengukur dan penyediaan pelan tanah secara fisabilillah ..... Syukur Alhamdullillah. Dana yang terkumpul pada peringkat awal ini pun sudah mencecah RM32,000.00. Walaupun jumlah ini masih kecil jika dibandingkan anggaran kos pembinaan keseluruhannya sekitar RM3.5 juta, sama samalah kita berdoa agar harapan kita untuk kewujudan MASJID SENTOSA akan terlaksana .. Amin.

2 comments:

Wan Mohd Fahimi said...

Insya Allah, semoga usaha murni ini akan menjadi kenyataan dengan sokongan smua penduduk TDS.

PPDS Blogger said...

Terkini (16 Jun, 2011)' Alhamdulillah, permohonan kepada Pejabat Tanah Sepang, melalui Jabatan Agama Islam, Sepang, untuk menambah keluasan tanah yang di "gazette" kan untuk tapak masjid daripada 0.8 ekar kepada lebih kurang 3.3 ekar telah diserahkan, cuma kita perlu mendapat tandatangan Pengarah MAIS diatas pelan cadangan yang disediakan oleh Juruukur yang dipertanggung-jawabkan. Insya'Allah, pada 19 Jun, 2011 ianya akan dibereskan.

Dari maklumat yang kita terima melalui perbincangan dengan pegawai Pejabat Tanah Sepang, permohonan kita itu, Insya'Allah, berjaya.

Permohonan awal untuk persetujuan MAIS tentang pembinaan masjid juga telah disediakan, Pengerusi PPDS telah satu minggu berulang alik untuk mwndapatkan sokongan dan tandatangan dari banyak pihak, Ketua Kampong, Penghulu Mukim, ADUN kawasan, Kadhi Daerah dan juga Orang Besar Daerah ......... yang diperlukan untuk tujuan ini. permohonan ini juga telah diserahkan melalui Pejabat Agama Islam daerah Sepang, pada 16 Jun, 2011.

Moga moga Allah memudahkan segala urusan kita. Amin.,,,