Sunday, June 12, 2011

CUTI CUTI WARGA DESA SENTOSA

Assalamualaikum saudara saudari warga DS yang saya hormati,

Mungkin ramai diantara kita yang sering bercuti, baik didalam negara maupun diluar negara. Mungkin ramai juga yang sering bercuti berama ahli keluarga, saudara mara atau kawan kawan. Namun adakah diantara kita yang pernah bercuti bersama keluarga dan keluarga jiran jiran DS kita.

Dua tahun lalu hampir 40 warga wanita DS membuat lawatan bersama ke Melaka. Dengar ceritanya mereka sungguh seronok dan lawatan 2 hari 1 malam tersebut telah menambah-iratkan lagi hubungan dan persefahaman diantara mereka. Saya juga dapat berita bahawa kaum wanita DS baru baru ini ada membuat perancangan untuk membuat lawatan secara kumpulan ke Bandung, Indonesia.

Sebagai penghuni DS, saya sungguh bersyukur dapat menjadikan DS alamat rumah saya. Saya bersyukur kerana budaya Melayu, budaya Islam serta budaya bermasyarakat yang mendahulukan silatur-rahim, mementingkan kejiranan dipraktikkan di DS. Budaya "gotong royong" yang hampir "pupus" dalam masyarakat di kebanyakan tempat, masih "subur" di DS, walaupun penduduknya tidaklah begitu ramai.

Saya juga merasa kagum dengan meningkatnya keakraban dan persefahaman diantara warga wanita DS. Sejak kebelakangan ini, semakin ramai warga wanita DS yang menyertai aktiviti yang dianjurkan penghuni DS atau persatuan. Ya Allah, kami mensyukuri limpah nikmatmu dan memohon agar nikmat ini terus menerus di dilimpahkan keatas kami.

Oh ya ......tentang kisah bercuti bersama jiran kita. Itu .... saya harap saudara saudari warga DS dapat memberi pendapat dan cadangan ......samaada ianya merupakan aktiviti riadah yang harus diketengahkan, tempat tempat yang dicadangkan untuk dilawati, jangkamasa lawatan dan apa apa saja lah ......Melalui pengalaman saya, jika kita membuat lawatan berkumpulan ..... kos setiap seorang akan berkurangan ....dan jika kita membuat perancangan awal, ia juga boleh membantu menurunkan kos. Tentang tempat lawatan pula terpulanglah kepada saudara saudari. Untuk dalam negara kita boleh buat lawatan ke Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, Port Dickson dll dan untuk lawatan luar negara pula kita boleh melawat negeri China, Vietnam, Kemboja, Thailand, India, Indonesia, Australia, Mesir, Turki dan juga negara negara Eropah ........

Please ........ Berilah pendapat tentang perakara ini ...... terima kasih dan Wassallam.

ALI RAHOK

No comments: