Assalamualaikum w.b.t, Alhamdulillah mesyuarat Agong PPDS kali ke 7 telah selamat dijalankan pada 8 Mei 2011 yang lalu. Jumlah ahli yang hadir semakin bertambah berbanding tahun-tahun yang lalu. Lebih daripada 100 orang dengarnya. 5 jawatan utama masih dikekalkan setelah proses undian dilakukan oleh ahli PPDS.
AJK baru 2011/2013 ini telah pun bermesyuarat untuk memilih AJK lain yang sama ada dikekalkan atau bakal dilantik untuk bersama-sama meneraju PPDS. Diharapkan, ahli PPDS dapat menerima baik perlantikan ini dan dapat sama-sama menyumbang untuk kebaikan persatuan.
Harapan AJK 2011/2013, Desa Sentosa dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dan sentiasa mengekalkan keharmonian yang telah dibina dan dibentuk sejak tahun 2000 lagi InsyaAllah.
Mulai sekarang, sebarang pos dari blog Desa Sentosa ini akan sampai ke e-mail desasentosa@yahoogroups sebagai medium untuk AJK mendapatkan maklumbalas daripada warga Desa Sentosa.
Silakan untuk memberi komen yang membina di blog ini untuk kita sama-sama berkongsi hal-hal yang berkaitan dengan Desa Sentosa.
Wassalam
1 comment:
tumpang lalu...
Salam sejahtera,
Sukacita di maklumkan bahawa kami sedang mempromosi SEWAAN barrier gate system/boom gate
untuk JMB Kondominium / Pangsapuri dengan kadar harga RM 700/bulan untuk satu set .
1 gate masuk & 1 gate keluar lengkap dengan sistem touch & go, berserta komputer.
- Pemasangan adalah PERCUMA .
- Tiada deposit diperlukan.
- Penyelenggaraan sepenuhnya oleh kami.
- Tiada HAD tempoh sewaan
- Boleh pasang dengan SEGERA
Sekiranya pihak tuan/puan berminat bolehlah berhubung dengan kami pada bila2 masa.
Cik Aida 013 492 9944
En.Nurdin 018 952 5252 / 013 452 5252
Lawatan blog kami untuk rujukan :
http://rentalbarriergate.blogspot.com/
Post a Comment